:: Sekapur Sireh ::

Selamat datang ke laman blog saya. Blog ini dibangunkan untuk menyediakan maklumat penting berkenaan penyakit - penyakit seperti Tibi dan Kusta. Diharapkan dengan wujudnya laman blog ini, para pelawat dapat mendapat maklumat yang tepat malah jika ada kelapangan para pelawat boleh berinteraksi dengan saya dengan memberikan komen yang bernas. Terima kasih.

Thursday 5 April 2012

Pameran Tibi Sempena Hari Tibi Sedunia


Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Pada 27 - 28 Mac 2012, Unit Tibi/Kusta Kuala Penyu telah mengadakan pameran tentang Penyakit Tibi dan Kusta di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Kuala Penyu.

Aktiviti pada waktu itu adalah pemberian risalah Tibi dan Kusta kepada semua pelanggan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta penerangan ringkas tentang penyakit - penyakit tersebut.

Setelah dua hari aktiviti dijalankan, seramai 36 orang telah berjaya diberi risalah dan penerangan tentang penyakit Tibi dan Kusta.

Tema Hari Tibi pada tahun ini adalah;

"ON THE MOVE AGAINST TUBERCULOSIS,
STOPPING TB IN MY LIFE "

"BERGERAK MEMBANTERAS TB, HIDUP TANPA TB"

Berikut antara aktiviti - aktiviti yang sempat dirakam sempena pameran tersebut;


poster - poster

antara pelajar yang terlibat menjayakan aktiviti pameran.

aktiviti penerangan diberi.


Yang benar,
Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

05/04/2012


1 comments:

Anonymous said...

blog yang menarik dan berguna untuk semua... :)

Post a Comment