:: Sekapur Sireh ::

Selamat datang ke laman blog saya. Blog ini dibangunkan untuk menyediakan maklumat penting berkenaan penyakit - penyakit seperti Tibi dan Kusta. Diharapkan dengan wujudnya laman blog ini, para pelawat dapat mendapat maklumat yang tepat malah jika ada kelapangan para pelawat boleh berinteraksi dengan saya dengan memberikan komen yang bernas. Terima kasih.

Monday 21 May 2012

Saringan Tibi Di Kalangan Pekerja Kesihatan Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Bertindak atas pakeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr. Hasan Bin Abdul Rahman, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu telah mengadakan aktiviti pemberian suntikan Tuberculin Test (Mantoux Test) yang diselia oleh Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu.

Aktiviti pemberian suntikan Tuberculin Test telah dijalankan bermula pada 7 Mei 2012 sehingga 18 Mei 2012 yang melibatkan kakitangan kesihatan daripada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Menumbok, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu, Klinik Desa Kiambor, Bundu dan Kerukan.

Pemberian suntikan ini telah diberi kepada seramai lebih kurang 100 orang kakitangan kesihatan. Suntikan ini telah dibuat oleh Unit Tibi Daerah Kuala Penyu dan Unit Tibi Daerah Beaufort. Berikut merupakan antara gambar - gambar sempena aktiviti tersebut;

Inilah alatan yang Admin gunakan untuk menyuntik orang kecuali handphone :)

               
Mula dah menjarum hehehe

Antara 'mangsa' yang terlibat

Kata orang, sakit dan pedih kena jarum  Tuberculin ni

Admin tengah buat 'preparation'


Are you ready?

Setelah selesai pemberian suntikan ini, hasilnya terdapat 6 orang kakitangan kesihatan yang telah dikesan POSITIF dan sekarang tengah menunggu hasil keputusan kahak masing - masing. Seterusnya sebaik saja selesai semua prosedur, maka Admin akan merujuk yang 6 orang ini ke doktor di Hospital Kuala Penyu untuk tindakan lanjut.

p/s : nasib baik keputusan admin ni negatif :)


Yang benar,

Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

21/05/2012



Majlis Perpisahan Pelatih - Pelatih Masterskill



Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,


Agak lama juga saya tidak meng'update' blog tbkusta ini. Semenjak awal bulan Mei 2012 ini, banyak aktiviti Unit Tibi Kuala Penyu yang mesti dilaksanakan. Jadi pada kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda semua salah satu aktiviti yang sebenarnya dibuat pada 12 April 2012 lalu. 


Pelatih - pelatih ini telah menghabiskan sesi penempatan mereka selama 6 bulan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu semenjak bulan Oktober 2011 lagi. Apa pun saya ingin mengucapkan kepada mereka semoga semuanya memperolehi pekerjaan sebaik saja tamat pengajian. Berikut merupakan gambar - gambar sempena majlis tersebut;

PPKP U32 En. Freddie menerima cenderahati dari pelatih
PPKP U32 En. Thomas


PPKP U29 En. Shariwan

PPKP U29 En. Bahrin

PPKP U29 En. Victor

PPKP U29 En. Mohd. Ash

PPKP U29 Jerrylen

PPKP U29 Suilan

PPKP U29 Jusman

PPP U29 Ruzlam (admin tbkusta)

Nama pelatih : Lai, Gido, Mas, Mel, Saida

Yang benar,

Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

21/05/2012