:: Sekapur Sireh ::

Selamat datang ke laman blog saya. Blog ini dibangunkan untuk menyediakan maklumat penting berkenaan penyakit - penyakit seperti Tibi dan Kusta. Diharapkan dengan wujudnya laman blog ini, para pelawat dapat mendapat maklumat yang tepat malah jika ada kelapangan para pelawat boleh berinteraksi dengan saya dengan memberikan komen yang bernas. Terima kasih.

Pengenalan Tibi

Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

Penyakit Tibi merupakan salah satu penyakit berjangkit yang telah membunuh ramai penduduk dunia semenjak dahulu lagi.Setiap tahun Penyakit Tibi telah membunuh hampir 2,000,000 orang penduduk dunia.

Di Malaysia iaitu pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai Batuk Kering. Pada tahun 1950-an, ramai penduduk Tanah Melayu yang terbunuh kerana penyakit ini. Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan telah ditubuhkan dan semua pesakit Tibi akan dirujuk ke Pusat Tibi Negara yang pada ketika ini dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori (IPR) yang terletak di Kuala Lumpur.


Secara ringkasnya Penyakit Tibi disebabkan oleh kuman Mycobacterium Tuberculosis. Kuman ini tersebar melalui udara dan titisan daripada pesakit Tibi yang aktif.

Rawatan bagi pesakit Tibi biasanya adalah selama 6 bulan sehingga 1 tahun. Dalam tempoh 2 bulan pertama rawatan, pesakit akan memakan ubatan Tibi setiap hari dan tempoh selebihnya pesakit akan mengambil ubatan Tibi setiap 3 kali seminggu.

Kaedah pengesanan Penyakit Tibi adalah melalui pemeriksaan kahak untuk 3 hari berturut - turut dan akan disokong melalui pemeriksaan X-ray.



Pen. Peg. Perubatan U29
Unit Kawalan Tibi/Kusta
Daerah Kuala Penyu
23/03/2012