:: Sekapur Sireh ::

Selamat datang ke laman blog saya. Blog ini dibangunkan untuk menyediakan maklumat penting berkenaan penyakit - penyakit seperti Tibi dan Kusta. Diharapkan dengan wujudnya laman blog ini, para pelawat dapat mendapat maklumat yang tepat malah jika ada kelapangan para pelawat boleh berinteraksi dengan saya dengan memberikan komen yang bernas. Terima kasih.

Thursday 5 April 2012

Pameran Tibi Sempena Hari Tibi Sedunia


Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Pada 27 - 28 Mac 2012, Unit Tibi/Kusta Kuala Penyu telah mengadakan pameran tentang Penyakit Tibi dan Kusta di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Kuala Penyu.

Aktiviti pada waktu itu adalah pemberian risalah Tibi dan Kusta kepada semua pelanggan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta penerangan ringkas tentang penyakit - penyakit tersebut.

Setelah dua hari aktiviti dijalankan, seramai 36 orang telah berjaya diberi risalah dan penerangan tentang penyakit Tibi dan Kusta.

Tema Hari Tibi pada tahun ini adalah;

"ON THE MOVE AGAINST TUBERCULOSIS,
STOPPING TB IN MY LIFE "

"BERGERAK MEMBANTERAS TB, HIDUP TANPA TB"

Berikut antara aktiviti - aktiviti yang sempat dirakam sempena pameran tersebut;


poster - poster

antara pelajar yang terlibat menjayakan aktiviti pameran.

aktiviti penerangan diberi.


Yang benar,
Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta Daerah Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

05/04/2012


Wednesday 4 April 2012

Ubat - Ubat Tibi ...



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Pada kali ini pula saya akan menunjukkan rupa dan bentuk ubatan Tibi yang akan dimakan oleh pesakit Tibi semasa dalam rawatan. Sila beri perhatian ok :)


Isoniazide 100mg

Isoniazide 400mg

Rifampicin 300mg

Rifampicin 150mg

Pyrazinamide 500mg

Pyridoxine 10mg

Ethambutol 400mg


Apa pendapat anda sekalian? banyak kan? jadi saya memang amat kagum dengan pesakit - pesakit Tibi yang sentiasa memakan ubat - ubat di atas sehingga rawatan mereka tamat. Apa yang paling penting di sini adalah ahli keluarga pesakit juga kena selalu memberi sokongan dengan pesakit supaya mereka sentiasa mematuhi rawatan mereka.


Yang benar,
Pen. Peg. Perubatan - 0138556576
Unit Tibi & Kusta
Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

03/04/2012

Sunday 1 April 2012

Ubat - Ubat Kusta...


Assalamulaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

Sebagai artikel pertama untuk blog baru ini, saya akan memperkenalkan kepada anda senarai ubatan Kusta yang digunakan pada waktu ini untuk tujuan rawatan Penyakit Kusta;



Rawatan Kusta


Rawatan Kusta Untuk Pesakit Dewasa (merah&hijau)
dan Pesakit Kanak - Kanak (biru&kuning)



Setiap satu pek ubat di atas selalunya adalah rawatan untuk tempoh sebulan. Rawatan hari pertama pula selalunya akan dimakan di Klinik Tibi/Kusta dan selebihnya akan dimakan dirumah pesakit sehingga habis satu pek tadi dan kembali semula ke klinik untuk mengambil semula ubatan kusta tersebut.


Yang benar,
Pen. Peg. Perubatan U29 - 0138556576
Unit Tibi/Kusta
Kuala Penyu
ruzlambest@yahoo.com

01/04/2012