:: Sekapur Sireh ::

Selamat datang ke laman blog saya. Blog ini dibangunkan untuk menyediakan maklumat penting berkenaan penyakit - penyakit seperti Tibi dan Kusta. Diharapkan dengan wujudnya laman blog ini, para pelawat dapat mendapat maklumat yang tepat malah jika ada kelapangan para pelawat boleh berinteraksi dengan saya dengan memberikan komen yang bernas. Terima kasih.

Pengenalan Kusta

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

Penyakit Kusta merupakan salah satu penyakit yang berjangkit. Ianya berjangkit melalui sentuhan ataupun melalui titisan pesakit Kusta. Penyakit Kusta akan menyerang kulit dan sistem saraf manusia.

Tanda - tanda Penyakit Kusta adalah;

  • Kulit berubah warna menjadi merah ataupun putih
  • Tiada pertumbuhan bulu pada kulit terbabit
  • Kehilangan atau kekurangan deria rasa pada kulit terbabit

Rawatan untuk Penyakit Kusta adalah berdasarkan jumlah tompokan yang terdapat pada kulit pesakit Kusta dan akan diberi MDT (Multi Drug Theraphy);
  • 1 - 5 tompokan (Paucibacillary) - 6 pek ubat MDT
  • lebih 5 tompokan (Multibacillary) - 12 pek ubat MDT

Nasihat untuk pesakit Kusta adalah;
  • Sentiasa mengambil ubat mengikut masa dan dos sesuai
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri
  • Ubat yang diberi hendaklah dihabiskan selama tempoh rawatan
  • Jika pesakit mengalami masalah seperti mata menjadi kuning, boleh terus ke hospital untuk pemeriksaan
Untuk pengetahuan semua juga, ubatan Kusta ini boleh didapati secara percuma.



Jika pesakit lewat mendapat rawatan, adalah dkhuatiri pesakit boleh mengalami kecacatan pada kulit yang bermasalah. Jika sudah mengalami kecacatan maka tiada rawatan untuk memulihkan kecacatan tersebut.




Pen. Peg. Perubatan U29
Unit Kawalan Tibi/Kusta
Daerah Kuala Penyu
23/03/2012